KPDN tambah baik mekanisme

KPDN tambah baik mekanisme

TENOM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berada di landasan tepat bagi menambah baik beberapa langkah pengawalan barangan.

Ini termasuklah Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming di negara ini dengan memberi penekanan terhadap tiga aspek utama.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, tiga aspek tersebut iaitu tatacara perolehan melalui kaedah tender terbuka, kajian mekanisme kawalan dan pematuhan serta penyasaran komuniti penerima diberi fokus bagi memastikan barangan bersubsidi daripada kerajaan sampai kepada kumpulan sasar.

“Bergerak ke hadapan, kita mahu program ini diteruskan, bukannya diganti dengan pemberian tunai sebab kita lihat ada keperluan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sewaktu melakukan tinjauan pelaksanaan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming di sini, hari ini.

Pada masa sama, menurut Armizan sebanyak RM225 juta diperuntukkan kerajaan pada tahun ini bagi menyantuni kumpulan sasar di 6 buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu, Kedah, dan Kelantan.

“Untuk tahun 2024 ini peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan adalah sebanyak  RM225 juta dengan khusus untuk Sabah anggaran kita adalah sebanyak RM79.7 juta.

“Program ini dilaksanakan di 6 buah negeri iaitu komponen paling utama pastinya Sabah dan Sarawak. “Tetapi juga ada empat negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Kedah (terlibat)”, tambah Armizan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|