Ketua Menteri terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi

Ketua Menteri terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Ini merupakan kunjungan pertama Zambry selepas menyandang jawatan baharu itu.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri Luar Negeri.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri ini.

Hajiji mahu Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan kepada Sabah khususnya dalam usaha menambah dan meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan tinggi di negeri ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mohamad Azhan bin Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda binti Azman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Dr. Kasim Mansor.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|