Tiada kemelut politik di Sabah: Zahid

Tiada kemelut politik di Sabah: Zahid

KOTA BELUD: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Sabah menafikan wujudnya dakwaan berlaku pergolakan politik di negeri ini seperti yang disensasikan beberapa pihak.

Menurut beliau, sebaliknya kehadirannya ke Sabah hanya atas kapasiti pelancaran pembangunan di Kadamaian, Kota Belud selain mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO negeri.

“Malam tadi kami telah mengadakan Perjumpaan dengan semua Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Sabah dan juga ADUN-ADUN kami.

“Saya Ingin menolak bahawa terdapat kemelut politik di Sabah, keberadaan saya di Sabah adalah untuk hadir ke majlis pada hari ini kukan kerana adanya kemelut politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Pembangunan Kadamaian bersempena sambutan majlis rumah terbuka Krismas Kadamaian, Kota Belud, hari ini.

Sementara itu, menurut Ahmad Zahid, rakan kerjasama BN dan UMNO Sabah hanya akan ditentukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini bubar.

Jelasnya yang juga Pengerusi BN Pusat, pihaknya sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti bagi melaksanakan muafakat dalam menjaga kebajikan rakyat Sabah.

“Umno akan bekerjasama dengan siapa masa PRN nanti.

“Saya sebutkan kita sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja pun dan parti mana pun yang sedia bekerjasama dengan Umno dan BN Sabah.

“Keputusan akan dibuat setelah Dewan Undangan Negeri dibubarkan,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|