Maut terhempap barangan perabot

Maut terhempap barangan perabot

SANDAKAN: Seorang lelaki maut akibat terhempap barangan perabot dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang terbalik di Jalan Labuk, Batu 17, dekat sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 42 tahun tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan jentera Bomba di lokasi.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh KKM di lokasi kejadian, seterusnya diserahkan kepada Pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

“Menurut saksi, mangsa dipercayai dihempap barang perabot semasa kerja-kerja memindahkan barang perabot dari lori yang terbalik, “katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 10.56 pagi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|