KPWKM catat bantuan libat lebih RM78 juta

KPWKM catat bantuan libat lebih RM78 juta

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merekodkan seramai 65,266 orang menerima pelbagai insiaitif serta bantuan di bawah kementerian itu di negeri ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pengagihan bantuan tersebut melibatkan peruntukkan lebih RM78 juta.


“Untuk penerima bantuan jkm di negeri sabah adalah seramai 65,266 orang dan peruntukkan yang telah diperuntukkan adalah lebih RM78 juta.


“Kita memang sentiasa perihatin dan sekiranya ada apa-apa diperlukan melalui jabatan kami, jabatan akan ambil tindakan ke atas kalau misalnya ada perkongsian, complain dan sebagainya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita UMNO Sabah di Wisma Kinsabina Nosoob, Penampang, pada Rabu.


Mengulas lanjut, pihak kementerian menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) telah melaksanakan program 1Stop Centre di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan Sabah telah bermula pada 6 Februari lalu.

“Dalam rancangan RMK-12 telah dilaksanakan adalah 1 Stop Family Centre dibawah LPPKN, nilai projek tersebut adalah sebanyak RM5 juta.

“Ianya mulai beroperasi 25 Disember tahun lalu, manakala Pejabat LPPKN Sabah mula beroperasi pada 6 Februari lepas.

“Dalam 1 stop centre itu, kita ada pusat terapi, kaunseling dan seorang pekerja perubatan yang menawarkan khidmat bakti, ” katanya.


Jelas beliau lagi, Pusat Sehenti atau 1Stop Centre berkenaan beroperasi di Sadong Jaya, Kota Kinabalu dan lokasi berkenaan turut menempatkan Klinik Sejahtera untuk kegunaan masyarakat setempat.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|