Kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024: PMX

Kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024: PMX

PUTRAJAYA: Penjawat awam di negara ini menerima khabar gembira selepas kerajaan bersetuju mengumumkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan berkenaan dianggap paling tinggi pernah tercatat dalam sejarah negara dan ianya dijangka melibatkan peruntukkan lebih RM10 bilion.


“Tahun ini saya akan umum kenaikan itu lebih tinggi daripada 13 peratus, maka kita akan laksanakan lebih 13 peratus kenaikan bermula 1 Disember tahun ini sebab saya telah berjanji, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Rabu.


Sementara itu, berhubung Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia, Anwar berkata, kedua-dua kerajaan negeri telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap ordinan-ordinan tersebut.


Jelasnya lagi, pindaan itu akan dibentangkan dalam sesi sidang Parlimen akan datang.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|