22 buah rumah musnah terbakar

22 buah rumah musnah terbakar

SANDAKAN: Sebanyak 22 buah rumah musnah dalam kebakaran di Sebelah Kiriman Tung Ma, Batu 3 Sandakan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, sebuah jentera dengan bantuan jentera tangki, pacuan empat roda dan EMRS telah digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada orang awam.

“Kita menerima panggilan pada jam 4.07 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan seramai 32 anggota dikejarkan ke lokasi bagi tujuan operasi pemadaman.

“Laporan awal mendapati, kejadian ini melibatkan 22 buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran tersebut.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 4.41 petang tadi,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|