Gotong royong pertandingan bersih kampung atas air

Gotong royong pertandingan bersih kampung atas air

LAHAD DATU: Negeri Sabah mempunyai keunikan di dunia dimana ia memiliki perkampungan atas air dan daerah Lahad Datu mempunyai kampung air antara yang terbesar di negeri itu namun antara isu utama di kampung atas air adalah isu pengurusan sampah.

Pihak Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Lahad Datu dengan kerjasama Syarikat Amwil Deslen Management telah menganjurkan Pertandingan Kampung-Kampung Terbersih Perairan Lahad Datu bagi menggalakkan ribuan penduduk kampung atas air untuk bersama-sama bergotong-royong membersihkan sampah sarap di bawah dan kawasan rumah mereka.

Menurut Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Zul, ini adalah program yang julung kali diadakan di daerah tersebut.

“Menginspirasi daerah Lahad Datu ini sebagai satu daerah yang bersih dan indah ceria dan landskapnya baik disusun dan idea-idea ini adalah terpanggil disebabkan oleh keperluan daerah ini yang mana untuk tahun ini kami telah merancang bersama Majlis Daerah untuk menjadikan daerah ini sebagai satu daerah yang bersih sama ada di pantai,laut dan juga di daratan.

“Salah seorang peserta dan penduduk Kampung Air, Marasad Arad program seumpama ini pertama kali berlaku dan orang kampung gembira kerana terdapat usaha serta kerjasama erat untuk bersihkan kawasan kampung yang dibina di laut.

Bagi seorang lagi penduduk Amirullah Basarullah mereka sudah lama menantikan agar ada usaha konkrit dari pihak berwajib bagi mengatasi masalah sampah sarap yang tidak terurus di kampung mereka dan berpandangan syarikat konsesi yang dilantik akan datang boleh membuat kerja dengan baik dan lancar.

Hadir sama dalam program tersebut, Wakil Syarikat Amwil Delsen Management dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu, Jackley Gielbert.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|