TNI,AL patah cubaan seludup dadah dari Tawau ke Nunukan

TNI,AL patah cubaan seludup dadah dari Tawau ke Nunukan

NUNUKAN: Gabungan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Tentera Laut (AL) sekali lagi berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu dan pil ecstacy di perairan Sebatik yang mana suspek berjaya meloloskan diri ke perairan Malaysia dalam satu insiden kejar mengejar.

Danlanal Nunukan Letkol Laut (P) Handoyo berkata dadah tersebut dirampas pada Isnin (29/4). Kejayaan itu adalah hasil kerjasama antara Tim Second Fleet Quick Response (SFQR) Lanal Nunukan berada Tim Satgas Ops Kogabpam Tri Dharma-01 Kopaska Koarmada II.

“Tim gabungan menggagalkan upaya penyelundupan narkotika jenis sabu-sabu seberat 1.018 gram dan 500 butir pil ekstasi di Perairan Sebatik,” kata Danlanal Nunukan Letkol Laut (P) Handoyo.

Katanya, kejayaan ini bermula dengan Tim SFQR Lanal Nunukan beserta Tim Satgas Ops Kogabpam Tri Dharma-01 Kopaska Koarmada II mendapatkan maklumat sulit berkaitan adanya perancangan pengiriman dadah dari Tawau, Malaysia yang akan melintasi perairan Sebatik Malaysia-Indonesia.

Bertindak atas maklumat tersebut, gabungan kumpulan pihak berkuasa Indonesia telah melaksanakan pengawasan dan rondaan yang ketat,terhadap perahu dan speedboat yang berlayar di perairan Sebatik.

Kemudian, jam 8.50 malam, pihak berkuasa melihat sebuah bot laju dibawa dengan kelajuan tinggi yang mencurigakan dari arah Tawau, Malaysia menuju ke perairan Sebatik.

“Selanjutnya tim mendekat untuk melaksanakan pemeriksaan, akan tetapi speedboat tersebut berbalik arah melaju kencang. Kemudian saat pengejaran telah diberikan tembakan peringatan. Namun, tidak dihiraukan,” jelasnya.

“Saat proses pengejaran ABK speedboat terlihat membuang sebuah bungkusan plastik besar ke laut. Sementara, speedboat telah memasuki Perairan Tawau, Malaysia. Sehingga, tim kembali untuk menyisir perairan guna mencari bungkusan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan barang bukti yang dirampas mendapati dadah jenis syabu seberat 1 Kilogram dan 500 biji pil Esctacy dan barang haram itu semua di bawa ke Polres Nunukan.

“Penggagalan penyelundupan narkotika ini merupakan bentuk keseriusan TNI AL dalam pemberantasan peredaran narkoba di negara Indonesia khususnya wilayah perairan perbatasan Indonesia -Malaysia,” katanya.- SUMBER RADAR TARAKAN.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|