Wellness Hub usaha kerajaan bantu rakyat jaga kesihatan

Wellness Hub usaha kerajaan bantu rakyat jaga kesihatan

LAHAD DATU :Wellnews Hub dilihat akan membantu meningkatkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan dan memberi kempen budaya hidup yang sihat di kalangan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata Wellness Hub merupakan salah satu tindakan pantas kerajaan bagi mengatasi hasil dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun 2023 yang akan diumumkan dalam masa terdekat, mendapati prevalen faktor risiko kesihatan meningkat dan membimbangkan.

“Ini adalah merupakan salah satu Wellness Hub di seluruh Malaysia yang berjumlah sebanyak 33 buah setakat ini dan juga ini adalah merupakan agenda besar negara melalui agenda untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup ataupun gaya hidup yang sihat menerusi penubuhan Wellness Hub ini,”katanya.

Menurut Lukanisman, antara perkhidmatan Wellness Hub yang dilihat sukses adalah program Intervensi Pengurusan Berat Badan IFiTEr ( I Fit and Eat Right ) yang mana data menunjukkan dari tahun 2020-2023 — 60 peratus peserta berjaya menurunkan berat badan dan seramai 765,843 klien Wellness Hub secara keseluruhan di semua cawangan dicatatkan setakat ini.

“Sememangnya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang Amat Berhormat Menteri Kesihatan bersama saya juga sememangnya memberikan penumpuan untuk menambahkan lagi kapasiti kami menambah jumlah wellness hub di seluruh negara dan juga untuk konteks wilayah Sarawak pula kita menjangkakan pada tahun ini kita akan menambah dua lagi wellness hub iaitu di Keningau dan juga di Kudat dan selain daripada itu pada tahun hadapan kita akan menambah lagi sekurang-kurangnya tiga buah wellness hub itu di Sandakan,di Tawau dan juga di Putatan.”

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|