Alumni UCSF dekati anak-anak yatim

Alumni UCSF dekati anak-anak yatim

KOTA KINABALU: Unit Alumni University College Sabah Foundation (UCSF) mengadakan program mendekati anak-anak yatim dengan menziarahi Rumah Anak Kesayangan Sembulan, baru-baru ini.

Program Kasih Ramadan itu disertai oleh 12 orang yang mewakili Alumni UCSF dan turut disertai oleh Naib Canselor UCSF sendiri, Dr Rafiq Idris.

Rombongan Alumni UCSF telah meluangkan masa beramah mesra dengan 22 orang anak yang menghuni di rumah tersebut.

Rombongan Alumni UCSF turut membuat penyerahan sumbangan bahan mentah makanan serta pemberian duit raya dan juga hadiah kepada anak-anak di rumah amal itu.

Ketua Unit Alumni UCSF, Rozianah Kulin berkata, unit itu berusaha untuk sentiasa bekerjasama dengan bekas pelajar UCSF dalam mendekati dan menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

Dr. Rafiq Idris ketika ditemui berkata, aktiviti dan nilai murni mendekati masyarakat merupakan aspek yang sering ditekankan kepada pelajar ketika menuntut di UCSF.

“Saya menyambut baik aktiviti ini dan berharap lebih banyak yang akan disumbangkan kepada masyarakat melalui Alumni UCSF”, katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|