Video tular bukan kes culik: Polis

Video tular bukan kes culik: Polis

BELURAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat penafian sebuah video yang ditularkan sejak semalam bukannya berkaitan kes culik di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supritenden Kasim Muda berkata, video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang melarikan diri ketika pemeriksaan polis itu bukan kes culik seperti didakwa segelintir pihak.

“Pada kejadian tersebut, kereta itu difahamkan ke arah Kota Kinabalu dan pemeriksaan sedang dijalankan di RCP Sapi nangoh sebelum ditahan oleh pihak polis yang bertugas.

“Suspek yang menaiki kereta itu merupakan lelaki warga tempatan kemudiannya bertindak cuba melarikan diri daripada sekatan jalan anggota polis ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Menurut beliau, suspek kemudiannya berjaya diberkas pada hari yang sama di tempat kejadian selepas suspek bertindak berpatah balik untuk menyerah diri.

“Penahanan yang dibuat kira-kira jam 5 petang itu turut menyaksikan rampasan sebuah kereta jenis Perodua Aruz berwarna hitam dan kes disiasat dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

“Suspek turut disyaki ada mengambil dadah dan ujian saringan air kencing akan dijalankan” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|