DUN Sabah lulus Belanjawan Sabah 2024

DUN Sabah lulus Belanjawan Sabah 2024

KOTA KINABALU: Belanjawan Sabah 2024 berjumlah RM5.701 bilion lulus selepas menerima sokongan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 berkenaan dibahas selama empat hari bermula Isnin, memperolehi sokongan majoriti ADUN-ADUN yang terlibat dalam perbahasan.

Speaker DUN, Datuk Seri Kazim M Yahya mengumumkan RUU Perbekalan 2024 diluluskan selepas mendapat sokongan daripada ADUN-ADUN yang hadir selepas penggulungan bajet dibacakan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Sementara itu, Masidi menerusi ucapan penggulungannya hari ini ini, memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus menuntut hak 40 peratus daripada hasil bersih kepada Kerajaan Persekutuan.

Justeru itu, menurutnya, tidak ada sebarang keperluan untuk merangka formula baharu.

“Bayaran interim Pemberian Khas berjumlah RM300 juta untuk tahun 2023 telah pun kita terima sepenuhnya dua hari yang lepas (28 November 2023).

“Kerajaan negeri ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seterusnya Kerajaan Persekutuan ke atas peningkatan bayaran interim tersebut,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|