Tular pelajar dibelasah rakan

Tular pelajar dibelasah rakan

Kota Kinabalu: Satu rakaman video yang memaparkan seorang remaja lelaki dibelasah beberapa pelajar lain tular di media sosial hari ini.

Dalam rakaman video berdurasi 23 saat itu, pelajar lelaki terbabit dilihat dibelasah di dalam kawasan sekolah dan hanya diperhatikan pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah

Kejadian dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah pelajar lelaki di kawasan Tanjung Aru, di sini.

Satu keterangan yang kelihatan pada video berkenaan menyatakan kes buli itu berlaku di sebuah sekolah di sini dan kejadian didakwa baru berlaku.

“Saya hanya mampu viral saja. Sebab saya bukan ada di tempat kejadian.

“Bantu viral supaya ada tindakan dan tidak berleluasa,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima aduan atau laporan mengenai kejadian itu.

“Polis sedang mengesan pelajar dan ibu bapanya kerana perbuatan membuli di sekolah tidak wajar dibiarkan,” katanya

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|