Mesyuarat pertama Kabinet Sabah selepas rombakan

Mesyuarat pertama Kabinet Sabah selepas rombakan

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas rombakan minggu lalu yang menyaksikan pelantikan tiga menteri baharu dan beberapa pertukaran portfolio menteri sedia ada.

Tiga menteri baharu itu, Datuk James Ratib (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Phoong Jin Zhe (Menteri Pembangunan Perindustrian) mengangkat sumpah jawatan pada 11 Januari lalu.

Hajiji mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas rombakan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya buat pertama kali menghadiri mesyuarat Kabinet sebagai Timbalan Ketua Menteri III yang memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Ketua Menteri turut mengalu-alukan kehadiran Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim yang sebelum ini bercuti sakit sejak tahun lalu.

Menteri lain yang turut hadir pada mesyuarat hari ini ialah Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Arif dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|