Rampas 843 tong minyak seludup, lima lelaki diberkas

Rampas 843 tong minyak seludup, lima lelaki diberkas

SEMPORNA: Sebanyak 843 tong jerikin yang dianggarkan mengandungi 21,075 liter minyak petrol berjaya dirampas polis dalam satu serbuan melibatkan penahanan empat warga asing dan seorang lelaki tempatan di sekitar Pulau Denawan, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan bermula 7 petang itu, turut dirampas adalah empat buah bot dan lapan enjin berkuasa 15 hingga 85 kuasa kuda.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, kesemua minyak petrol yang dirampas itu difahamkan cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Menerusi operasi itu, kita berjaya merampas 843 tong minyak petrol dan menahan lima lelaki dengan empat daripadanya adalah warganegara asing yang berusia lingkungan antara 24 ke 65 tahun.

“Anggaran nilai rampasan bot, enjin dan minyak tersebut adalah mencecah RM150,000, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Farhan berkata, semua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|