Provokasi, fitnah Hajiji adalah sikap nafikan kejayaan kerajaan: Nizam

Provokasi, fitnah Hajiji adalah sikap nafikan kejayaan kerajaan: Nizam

TAWAU: Tindakan provokasi, fitnah dan andaian terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) merupakan ‘sikap’ yang cuba menganggu pembangunan di negeri ini.

Menurut Ketua Penerangan PGRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, pihak yang berkenaan dilihat tidak senang dengan agenda pembaharuan, pembangunan dan kemajuan sedang giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Jelasnya lagi, tohmahan atau berita palsu yang menimbulkan isu kepimpinan Hajiji sebagai gagal adalah merupakan dakyah songsang dan sengaja dimainkan supaya menafikan kejayaan demi kejayaan kerajaaan dibawah pimpinan beliau mentadbir.

“Pada saya itu hanyalah andaian dan provokasi pihak-pihak yang sengaja ingin merosakkan agenda pembaharuan, pembangunan, kemakmuran dan keselamatan yang ada dinegeri Sabah.

“Apa yang terbukti adalah siapa sahaja yang melanggar peraturan dan undang undang negara kita khusunya di negeri Sabah ini maka tindakan undang undang akan diambil,” katanya.

Nizam berkata demikian ketika mengulas kenyataan dan fitnah pihak tertentu yang mendakwa pentadbiran dan kepimpinan Hajiji telah gagal seperti tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, isu-isu seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kononnya dikaitkan dengan kerajaan adalah tidak tepat sekali memandangkan pihaknya sentiasa berusaha menangani masalah berkenaan yang disifatkan sudah menjadi isu turun-temurun.

“Tidak tepat jika ada yang mengatakan bahawa kita gagal dalam menangani isu PATI ini, sebenarnya isu ini adalah isu turun temurun namun di bawah kerajaan sekarang ini, kita komited dalam menangani isu berkenaan.

“Dalam masalah tuntutan Sulu kepada negeri Sabah pun baru-baru ini, kita telah menyatakan komitmen kita secara tegas dan berterusan bagi mempertahankan negeri ini daripada diganggu oleh anasir luar negara, ” katanya ketika ditemui dalam majlis Karnival Krisman Daerah Tawau di perkarangan Perbandaran Tawau, semalam.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|