Kes nelayan hilang, Maritim Malaysia KK aktifkan Carilamat segera

Kes nelayan hilang, Maritim Malaysia KK aktifkan Carilamat segera

KOTA KINABALU: Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi CARILAMAT pada jam 2 petang tadi bagi mengesan serta mencari seorang nelayan yang dikhuatiri jatuh laut di perairan Pulau Gaya.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, Pusat Operasi Maritim menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan daripada isteri mangsa sekitar tengah hari tadi.

“Bot mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan enjin masih hidup pada jam 10 pagi di posisi 7.6 batu nautika utara Pulau Gaya”…

Maritim Malaysia KK

Jelasnya, mengikut maklumat pengadu, mangsa dikenali sebagai Omar Ajid, 40 dikatakan telah keluar menangkap ikan pada jam 5 pagi tadi dengan memakai baju lengan panjang berwarna merah dan seluar bercorak celoreng berwarna hijau.

“Bot mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan enjin masih hidup pada jam 10 pagi di posisi 7.6 batu nautika utara Pulau Gaya.

“Sejurus itu, operasi CARILAMAT diaktifkan, bot Kilat 39 Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi insiden untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

“Agensi-agensi penyelamat di laut serta pasukan sahabat yang lain telah dihubungi bagi membantu usaha pencarian mangsa,” katanya.

Jelas belau, sehingga kini masih tiada sebarang penemuan atau petunjuk.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|