PPS IPD Ranau ditutup

PPS IPD Ranau ditutup

Ranau: Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau diisytiharkan tutup, jam 2.30 petang, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, penutupan itu dibuat selepas hasil tinjauan mendapati paras air kini berada pada paras normal.

PPS Dewan IPD Ranau ditutup jam 2.30 petang ini.

Selain itu katanya, kawasan yang terkesan banjir melibatkan pemindahan penduduk juga didapati sudah pulih sepenuhnya.

“Maka dengan itu, Pengerusi JPBD Ranau membenarkan penduduk yang berpindah ke PPS, pulang ke rumah masing-masing pada jam 2.30 petang tadi.

“PPS Dewan Dewan IPD Ranau juga ditutup secara rasminya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan empat jalan di Ranau terputus hubungan.

-Deasoka

Share

Written by:

1,768 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!