PH Sabah tiada beri SD kepada mana-mana pihak

PH Sabah tiada beri SD kepada mana-mana pihak

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini menyangkal ada memberi akuan bersumpah bagi menyokong mana-mana pihak selepas 2020.

Menerusi kenyataan bersama semua ADUN PH Sabah petang ini, mereka berkata jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan ia adalah tidak benar.

“Kami ingin memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020.

“Jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang terakhir pada November 2022 yang lepas.

“Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, PH Sabah memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang.

Mereka ialah Datuk Christina Liew (Api-Api), Datuk Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|