PPM rampas kosmetik bernilai RM20,578 cuba diseludup

PPM rampas kosmetik bernilai RM20,578 cuba diseludup

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup keluar barangan kosmetik bernilai RM20,578 menerusi Op Kontraban di CIQ Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, menerusi operasi berkenaan, Unit Risikan PPM Tawau yang dalam rondaan pemantauan di CIQ Lama menemui beberapa kotak yang mencurigakan ditinggalkan di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan terhadap kotak-kotak itu menemui beberapa produk kosmetik dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Tiada sesiapa tampil untuk mengaku barang-barang berkenaan dan anggaran rampasan kosmetik bernilai RM20,578.

Seterusnya semua barangan berkenaan dirampas untuk diserahkan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Tawau untuk tindakan lanjut.

Barangan kosmetik yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan mengenai rampasan berkenaan.

Anggota PPM Tawau memeriksa barangan kosmetik yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|