Pekerja ladang dicekup bersama syabu 3.3 KG ketika cuba pulang ke Indonesia

Pekerja ladang dicekup bersama syabu 3.3 KG ketika cuba pulang ke Indonesia

NUNUKAN: Hajat seorang lelaki yang ingin pulang ke kampung halamannya di Bulukumba, Sulawesi Selatan tidak kesampaian apabila dia yang merupakan Pekerja Migran Indonesia (PMI) berkerja di ladang Sawit di Malaysia berdepan hukuman berat kerana cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke negara asalnya.

Komandan Lanal Nunukan Letkol Laut (P) Handoyo berkata suspek dikenali sebagai AL dicekup bersama syabu seberat 3.3 Kilogram oleh pasukan Tim Second Fleet Quick Response (SFQR) Lanal Nunukan bersama personel Posal Sei Pancang di perairan Sebatik, pada Isnin lalu.Menurut beliau suspek cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah tersebut di dalam sebuah televisyen 43 inci.

“Dadah seberat 3.3 Kilogram ini dirancang untuk diedarkan sebahagian di Nunukan manakala sebahagian lagi di Pare-Pare,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelas beliau, suspek berjaya dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan SFQR Nunukan bersama beberapa agensi lain termasuk pasukan Tentera Indonesia ketika rondaan di kawasan laluan bot penumpang dan barang dari Tawau, Sabah menuju ke perairan Indonesia yang mana ia berlabuh di pelabuhan lama di kawasan daerah Sebatik Utara.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati suspek telah dijanjikan upah sebanyak RM 10,000 bersamaan dengan 32 juta Rupiah untuk membawa dadah berkenaan,”.(sumber- Radar Tarakan)

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|