Dua remaja mati lemas di Sungai Kaiduan

Dua remaja mati lemas di Sungai Kaiduan

PAPAR: Aktiviti mandi manda bertukar tragedi selepas dua remaja lelaki mati lemas dalam kejadian di Sungai Kaiduan, Papar, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 4.42 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Papar telah menerima panggilan terdapat dua remaja dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai.

“Kedua-dua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan telah diberikan rawatan awal (CPR).

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.49 petang pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|