Dua maut di Jalan Kimanis

Dua maut di Jalan Kimanis

PAPAR: Dua maut manakala seorang ibu dan bayinya cedera dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau, Batu 16, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 32 dan 33 tahun meninggal dunia di lokasi selepas Perodua Persona dinaiki, bertembung dengan sebuah lori tiga tan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 12.59 pagi dan sepasukan anggota kemudiannya digegaskan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Laporan awal kemalangan jalan raya ini melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Pesona dan lori tiga tan yang bertembung di lokasi kejadian.

“Terdapat empat orang mangsa terlibat di dalam kenderaan Proton Pesona (seorang ibu dan seorang bayi) telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital menggunakan Ambulan KKM sebelum Pasukan Bomba tiba di lokasi.

“Seterusnya dua orang mangsa dikeluarkan oleh pasukan Bomba, dengan menggunakan peralatan khas,”katanya.

Jelasnya lagi, mangsa di sahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan KKM dan mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Pemandu dan kelindan lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|