Miliki senapang angin buatan sendiri,warga asing dicekup polis

Miliki senapang angin buatan sendiri,warga asing dicekup polis

SEMPORNA: Padah memiliki selaras senapang angin buatan sendiri, seorang lelaki warga asing berjaya dicekup polis dalam satu serbuan di sebuah rumah pekerja syarikat ladang kelapa sawit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek berusia 38 tahun diberkas bersama dua laras senapang angin (senapang guli) disyaki buatan sendiri yang disimpan di kediamannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superitenden Mohd Farhan Lee Abdullah, turut dirampas adalah 66 biji guli dan sebotol cecair dipercayai jenis ‘spirit’ untuk kegunaan senapang berkenaan.

“Suspek telah dibawa ke IPD Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, “katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa orang awam adalah dilarang untuk memiliki dalam jagaan, kawalan, membawa atau menggunakan apa-apa amunisi tanpa permit sah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|