TAWAU: Seorang lelaki cedera selepas lori yang membawa muatan minyak sawit dibawanya terbabas sebelum termasuk ke dalam parit berhampiran Jalan Tawau-Kalabakan Felda Umas-Umas, dekat sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, insiden itu dimaklumkan kepada bomba sekitar jam 7.18 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk tujuan operasi menyelamat dan pemantauan.
“Berdasarkan laporan awal, kemalangan ini melibatkan sebuah lori membawa muatan minyak sawit yang telah terbabas sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak di atas jalan raya.
“Terdapat seorang mangsa lelaki lingkungan 60-an mengalami kecederaan dikeluarkan dan dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
“Pasukan Bomba kemudiannya bertindak membersihkan sisa minyak di atas jalan raya dengar menggunakan satu aliran hose reel,buih dan pasir bagi menggelakkan kenderaan awam tidak tergelincir,” katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 9.09 pagi.
Deasoka