Kes gaduh, lelaki warga asing maut ditetak

Kes gaduh, lelaki warga asing maut ditetak

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing ditemukan mati selepas dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di hadapan lampu isyarat Bundusan, Jalan Penampang-Kota Kinabalu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, mangsa berusia 29 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis menerima aduan orang awam pada jam 4.44 pagi tadi mengenai satu kejadian pergaduhan menggunakan senjata jenis parang di Jalan Penampang-Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan, mangsa ditemukan dengan keadaan berlumuran darah dan beberapa kesan tetakan serta tikaman pada tubuh badannya,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton (gambar) meminta orang awam tidak menyebar gambar di lokasi dengan sebaran maklumat tidak tepat yang dikhuatiri akan menganggu kesejahteraan awam.

Menurut beliau, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Sammy berkata pihaknya meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil segera bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Orang ramai juga diminta tidak menyebar gambar di lokasi dengan sebaran maklumat tidak tepat yang dikhuatiri akan menganggu kesejahteraan awam, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|