Raikan kepelbagaian dan kepercayaan: Hajiji

Raikan kepelbagaian dan kepercayaan: Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa rakyat untuk bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan, tanpa mengira pegangan agama dan latar belakang mereka.

Beliau berkata ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan perpaduan, keharmonian kaum dan toleransi beragama terus kukuh.

“Isu yang memainkan sentimen agama dan perkauman hanya menggugat keharmonian dan toleransi yang kita nikmati,” katanya dalam perutusan Krismasnya.

“Dalam semangat Krismas, marilah kita meluangkan sedikit masa merenung persamaan yang selama ini menyatukan rakyat dan kekal fokus untuk mengukuhkan nilai-nilai ini,” tambahnya

Ketua Menteri juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan lonjakan kes COVID-19.

“Kes COVID-19 semakin meningkat, dan saya menggesa kita semua untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga – amalkan kebersihan yang baik, penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di kawasan yang sesak untuk membendung lonjakan itu,” katanya.

Ketua Menteri berharap Krismas akan membawa rahmat dan kegembiraan kepada keluarga dan semua orang yang meraikannya dan mengucapkan selamat Hari Krismas.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|