Jalan alternatif kedua hubungkan laluan terputus di Ranau

Jalan alternatif kedua hubungkan laluan terputus di Ranau

Ranau: Syarikat konsesi Jalan Persekutuan sedang giat membina dan membaiki jalan alternatif kedua di kawasan Gereja SIB, di sini dan dijangka boleh digunakan 7 malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Ranau dalam kenyataan hari ini berkata, laluan ini boleh digunakan oleh pengguna jalan daripada Sandakan ke Kota Kinabalu.

“Bagi jalan di Sinarut Baru – Togudon Baru, syarikat konsesi Jalan Negeri akan melaksanakan pelebaran jalan dengan meleberkan kiri dan kanan bahu jalan.

“Laluan ini
“Kerja ini akan dilaksanakan pada waktu malam,” katanya.

Dalam pada itu, cadangan pembaikan bagi jalan terputus, katanya ‘Temporary Box Culvert’ akan dipasang di laluan yang terputus manakala ‘Bailey Bridge’ akan dipasang sebagai ‘Temporary Diversion’.

“JKR Sabah Sudah memaklumkan dan memanjangkan caravan ini kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia pada hari ini selaku pemilik aset Jalan Persekutuan.

“JKR Sabah melalui syarikat konsesi jalan persekutuan sedang dalam proses penghantaran bahan-bahan pembinaan ke tapak laluan yang terputus,” katanya.

Menurutnya, penduduk adalah diminta untuk bersabar dalam keadaan yang mencabar pada ketika ini dan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana Ranau di Talland 088-870519 atau 019-8103962 sekiranya berlaku kecemasan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, katanya semua paras air sungai kembali ke paras normal namun pemantauan masih diteruskan sekiranya cuaca hujan berterusan.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran pada ketika ini sedang dalam pemungutan maklumat kerosakan akibat banjir untuk dikemukakan kepada pihak ibu pejabat.

“Sebanyak 97 bakul makanan diagihkan kepada semua mangsa yang terkesan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Ranau,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|