Sidang media Presiden WARISAN ditangguhkan

Sidang media Presiden WARISAN ditangguhkan

Kota Kinabalu: Sidang media Parti Warisan (WARISAN) yang dijadualkan petang tadi ditangguhkan ke suatu masa yang baharu.

Terdahulu, satu jemputan telah diedarkan memaklumkan mengenai sidang media Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Jemputan itu memaklumkan bahawa ia dijadualkan pada jam 4.30 petang di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Difahamkan bahawa Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan mulai berada di pekarangan lokasi sidang media sekitar 4 petang tadi.

Antaranya ialah Datuk Darell Leiking; Datuk Junz Wong dan Datuk Azis Jamman.

Bagaimanapun, sekitar 6.30 petang tadi, wakil daripada Warisan telah memaklumkan berkenaan penangguhan sidang media berkenaan.

Untuk rekod, WARISAN merupakan parti tunggal dengan majoriti kerusi DUN di negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|