Beg berisi syabu, seorang PATI ditahan

Beg berisi syabu, seorang PATI ditahan

Tawau: Gelagat mencurigakan seorang lelaki berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, Kalabakan akhirnya membawa penahanan suspek yang didapati membawa bungkusan syabu seberat 1,917.33 gram.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, suspek yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 36 tahun itu difahamkan ditahan di lokasi berkenaan selepas dikenalpasti berada dalam keadaan mencurigakan sambil membawa sebuah beg berwarna biru.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek kemudiannya dihampiri sepasukan anggota yang bertugas namun lelaki terbabit cuba melarikan diri ketika diperiksa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,”…Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin.

“Pemeriksaan lanjut keatas beg yang dibawa lelaki tersebut menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih di syaki Dadah jenis Syabu seberat 1,917.33 gram,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Tawau bersama barang rampasan yang dianggarkan berniali RM120,000.

Jelas Jasmin lagi, dadah syabu berkenaan turut dipercayai dibawa masuk dari luar daerah Tawau untuk dijual ke pasaran setempat sekitar Kalabakan.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Ogos depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|