RM50,000 biayai pasukan bola remaja ke MSSM Johor: Elron

RM50,000 biayai pasukan bola remaja ke MSSM Johor: Elron

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan khas berjumlah RM50,000 bagi pembiayaan kos perbelanjaan sebuah pasukan bola sepak remaja dikenalpasti kurang berkemampuan menyertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor, yang tular baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, peruntukkan tersebut adalah bagi membiayai kos perbelanjaan pasukan berkenaan semasa mereka berada Johor nanti.

“Meskipun kita menyedari bahawa kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia ini bukan dibawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan Sabah, tetapi sebagai orang Sabah dan atas semangat kesukanan itu, kita bantu, kerana pada akhirnya mereka juga bakal mewakili Sabah ke peringkat lebih tinggi seperti SUKMA, Sukan Asia dan Olimpik,” katanya.

“Kita turut mengharapkan agar pasukan bolasepak B15 tahun dan B18 ini dapat melakukan yang terbaik dan menjuarai kejohanan berkenaan”… Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan cadangan peruntukan khas berkenaan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam di Menara Kinabalu, sebelum dipersetujui oleh kesemua jemaah menteri untuk tujuan sumbangan terbabit.

“Kita berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk memohon dana secepat yang mungkin untuk disalurkan kepada pasukan-pasukan tersebut”. katanya dalam sidang media di pejabat beliau, Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, tular isu berkenaan pasukan Bolasepak Bawah 18 Tahun dan Bawah 15 yang menjuarai Majlis Sukan Sekolah Daerah baru-baru ini yang tidak menyertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia di Johor sehingga menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

ADUN Kunak, Norazlina Arif diantaranya menggesa pihak Persekutuan terutama Kementerian Pendidikan supaya mencari jalan penyelesaian tuntas agar isu-isu melibatkan peruntukkan segera kepada atlet melibatkan para pelajar di Sabah dapat dipelihara.

ADUN Kunak, Norazlina Arif sebelum ini turut menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk peka terhadap isu-isu melibatkan atlet Sabah yang mempunyai masalah peruntukkan menyertai mana-mana kejohanan.

Sementara itu, Ellron dalam sidang media sama turut menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) supaya memohon dana secepat mungkin untuk disalurkan kepada pasukan-pasukan yang terlibat.

“Kita turut mengharapkan agar pasukan bolasepak B15 tahun dan B18 ini dapat melakukan yang terbaik dan menjuarai kejohanan berkenaan.

“Kejohanan MSSM tersebut bakal berlangsung pada 25 sehingga 30 Ogos 2023 yang akan diadakan di Johor,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Datuk Fairuz Renddan, Pengarah JPNS; Raisin Saidin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah; Mohd Asneh Mohd Noor.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|