Aspirasi PGRS bawa naratif rakyat Sabah

Aspirasi PGRS bawa naratif rakyat Sabah

Kota Belud: Aspirasi Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang semakin rancak membawa naratif rakyat dijangka menjamin sokongan segenap masyarakat di negeri ini.

Ketua Pergerakan Wanita PGRS Bahagian N9 Tempasuk, Nurul Fadzilah Noordin berkata, citarasa dan adunan politik tempatan di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu juga dilihat menjadi ramuan utama rakyat memilih parti berasaskan lokal.

Menurut beliau, elemen yang diterjemahkan menerusi pentadbiran Presiden PGRS merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam pembangunan Sabah juga tidak boleh dinafikan dan ianya melengkapi hala tuju parti berkenaan.

“Citarasa dan adunan politik tempatan di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu juga dilihat menjadi ramuan utama rakyat memilih parti berasaskan lokal,”…Ketua Pergerakan Wanita PGRS Bahagian N9 Tempasuk, Nurul Fadzilah Noordin

“Sudah tentu, bagi pihak kami di PGRS ini, berdepan dengan pelbagai cabaran tatkala baharu sahaja membuka lembaran politik baharu di Sabah.

“Namun demikian, berdasarkan feedback orang ramai, rakyat…apa yang boleh dikatakan PGRS semakin diterima dengan aspirasi parti sejajar dengan konsep Sabah First dan mengekalkan hubungan baik dengan Kerajaan Perpaduan.

“Sehubungan itu, saya yakin dan percaya, konsep yang dibawakan PGRS sesuai dengan rakyat untuk sama-sama membawa naratif membangunkan Sabah secara mapan dan Insyallah, PGRS juga mampu membawa lembaran baharu demi perjuangan rakyat Sabah, ” katanya.

Menurut Nurul Fadzilah lagi, kestabilan politik Sabah perlu diberi keutamaan memandangkan Hajiji yang juga selaku Ketua Menteri Sabah telah sehabis mungkin membawa aspirasi tepat untuk terus membangunkan negeri ini.

“Rakyat juga dinasihatkan tidak terhasut dengan momokan-momokan yang tidak berasas kerana pentingnya kestabilan politik dibawa oleh Hajiji yang sentiasa mendahulukan rakyat.

“Lihat sahaja hala tuju SMJ yang dibawa, pakej Rumah SMJ…ini salah satu pendekatan yang efisyen dalam menjaga kebajikan rakyat lebih-lebih cabaran mengharungi pasca Covid-19 dahulu,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai pendekatan sayap wanita yang turut disertainya, Nurul Fadzilah berkata, pihaknya kini kian agresif memperjuangkan nasib kaum wanita termasuklah ibu-ibu tunggal, warga emas dan golongan tidak bernasib baik.

“Dalam PGRS, termasuklah di Tempasuk ini, kita kerap mengadakan aktiviti yang menyantuni golongan wanita memerlukan dengan mendekati mereka dan program-program berbentuk komuniti.

“Di Kota Belud ini, sektor pertanian merupakan antara penyumbang kepada ekonomi masyarakat termasuklah kaum hawa dan kita telah mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak terlibat seperti pegawai-pegawai pertanian daerah supaya dapat melibatkan golongan wanita dalam perusahaan berbentuk pertanian dan produk pertanian, ” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|