Banjir: Jumlah mangsa meningkat sedikit setakat petang ini

Banjir: Jumlah mangsa meningkat sedikit setakat petang ini

Kota Kinabalu: Setakat 4 petang ini, jumlah mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat sedikit kepada seramai 1,225 mangsa berbanding 1,211 yang dilaporkan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 475 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada tiga daerah yang terjejas.

“Kesemua mangsa terjejas kini ditempatkan di lima PPS yang telah dibuka sehingga keadaan persekitaran kembali pulih.

“Antara PPS yang masih aktif ialah Dewan SMK Pamol, Dewan Kg Batangon, Dewan Kg Kusilad, SK Pekan 2 dan Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, antara daerah yang masih terkesan ialah Pitas (1,152 mangsa), Lahad Datu (46 mangsa) dan Paitan (27 mangsa).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|