Banjir: Jumlah mangsa banjir Sabah menurun petang ini

Banjir: Jumlah mangsa banjir Sabah menurun petang ini

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali mencatatkan penurunan dengan 523 mangsa daripada 163 Ketua Isi Rumah dilaporkan setakat jam 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu merupakan penurunan daripada 758 mangsa daripada 220 KIR yang direkodkan pagi tadi.

Keadaan semasa PPS mangsa banjir di daerah Telupid

“Bagaimanapun, setakat ini, jumlah daerah yang terjejas kekal sebanyak lima buah di negeri ini.

“Antaranya ialah Telupid (207 mangsa), Beaufort (145 mangsa), Paitan (79 mangsa), Beluran (47 mangsa) dan Lahad Datu (45 mangsa).

“Kesemua mangsa banjir kini telah ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Antara PPS yang masih aktif ialah Dewan Serbaguna Selagon, Dewan Kg. Bambangan, Rumah Pengerusi JPKK Kampung Cocos dan Masjid (Lama) Gana Jati.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|