Banjir: 1,355 murid dan pelajar di 7 buah sekolah masih terjejas

Banjir: 1,355 murid dan pelajar di 7 buah sekolah masih terjejas

Kota Kinabalu: Berikutan bencana banjir yang masih melanda beberapa daerah di negeri ini, seramai 1,355 murid daripada tujuh buah sekolah dilaporkan masih terjejas.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, jumlah itu membabitkan seramai 137 guru yang turut sama terkesan.

Menurut beliau, berdasarkan data, sekolah-sekolah yang masih terjejas ini adalah daripada dua daerah yang masih terkesan, iaitu Beluran dan Beaufort.

“Di Beluran, terdapat tiga buah sekolah yang terjejas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok, SK Tagas-Tagas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol.

“Sementara empat sekolah di Beaufort ialah SK Jabang, SK Bangkalalak, SK Suasa dan SK Lago,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Abidin berkata, hampir semua sekolah itu tidak dapat beroperasi disebabkan laluan danu kawasan sekolah dinaiki air.

Tambah beliau, hanya satu sekolah yang telah dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|