Stadium Likas antara kemudahan sukan akan dinaik taraf

Stadium Likas antara kemudahan sukan akan dinaik taraf

Kota Kinabalu: Kerja menaik taraf Stadium Likas dan kemudahan sukan yang lain di negeri ini antara aktiviti dirancang Kementerian Belia dan Sukan Sabah pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan menterinya, Datuk Ellron Angin ketika memberikan taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, berhubung program pembangunan sukan di negeri ini.

Hajiji turut diberi taklimat mengenai perkembangan aktiviti dan projek yang sedang dilaksanakan Lembaga Sukan Sabah termasuk pembinaan Kompleks Sukan Tuaran.

Kerja menaik taraf Stadium Likas dilaksanakan bagi memenuhi piawaian Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan pasukan Sabah FC bakal bertanding dalam kejohanan AFC pada musim ini.

Ketika kunjungan hormat di Menara Kinabalu itu, Ellron diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mansur Asun dan pegawai kanan Lembaga Sukan Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|