Letusan Gunung Berapi Ruang tidak jejaskan kualiti udara Malaysia: JAS

Letusan Gunung Berapi Ruang tidak jejaskan kualiti udara Malaysia: JAS

PUTRAJAYA: Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan di laman web Jabatan Alam Sekitar pada jam 11 pagi ini menunjukkan 35 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 29 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, sebuah stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan oleh kebakaran setempat.

Jelasnya, letusan semula Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara pada 4.40 pagi, 30 April lalu, tidak menjejaskan kualiti udara di Malaysia.

“Asap debu letusan tidak memberi kesan ketara kepada bacaan IPU stesen- stesen pengawasan kualiti udara di Malaysia.

Tiada peningkatan bacaan pencemar pepejal terampai (PM2.5 dan PM10), sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Ozon (O3) dan Karbon Monoksida (CO) yang 2 berpunca daripada asap debu letusan direkodkan,” katanya.

Jelas beliau, JAS akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke semasa dan bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat url, http://apims.doe.gov.my/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di ‘Google Play’ .

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|