Peniaga dipenjara lima tahun, denda RM30,000 akibatkan kematian

Peniaga dipenjara lima tahun, denda RM30,000 akibatkan kematian

TAWAU: Akibat memandu sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memandu dalam secara berbahaya.

Tertuduh, Jumardi Benga, 51 dijatuhkan hukuman oleh Majistret Don Stiwan Malanjun, di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Mengikut pertuduhan kes, tertuduh telah melakukan kesalahan itu pada 18 Ogos 2021 kira-kira jam 12.40 tengah hari di pusingan U, Batu 3 Jalan Apas.

Tertuduh telah memandu kenderaan jenis pacuan empat roda melakukan pusingan U secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal iaitu mangsa Mohd Ramdhan Shah Abas@ Azis, 26,.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ketika itu berada di jalan lurus gagal mengelak kenderaan tertuduh dan melanggar bahagian kiri pacuan empat roda kerana jarak yang terlalu dekat.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Trafik Asisten Superintenden Joan Lee manakala tertuduh diwakili Peguam Bela, Abdul Gani Zelika.

Seramai lapan saksi pendakwaan telah dipanggil sepanjang perbicaraan kes yang telah bermula 16 Mei tahun lepas.

Pihak pendakwaan telah berjaya membina kes pada tahap melampaui keraguan munasabah diakhir kes pembelaan terhadap tertuduh atas kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya.

Manakala pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan juga gagal menambah bukti yang boleh dipercayai semasa kes pembelaan.

Peguambela memohon agar tertuduh diberi jaminan selepas hukuman, namun telah dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dihukum penjara satu tahun jika gagal membayar denda dan lesen memandu tertuduh juga turut digantung selama lima tahun.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|