5 kg syabu dari Malaysia gagal masuk ke Tarakan

5 kg syabu dari Malaysia gagal masuk ke Tarakan

TARAKAN (Indonesia): Ditpolairud Polda Kaltara berjaya mengagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 5 Kilogram pada Isnin lalu.

Ditpolairud Polda Kaltara, Kombes Pol Bambang Wiriawan dalam satu sidang media hari ini memberitahu dadah tersebut dicekup bersama seorang suspek lelaki berusia 31 tahun di perairan Juata Laut.

“Sebelum ditangkap lelaki tersebut mengambil syabu tersebut daripada sebuah kapal di Perairan Tanjung Daun, iaitu daripada dua orang individu dipercayai dari Malaysia, menggunakan sebuah bot laju dan telah dijanjikan upah sebanyak 15 Juta Rupiah oleh seorang lelaki dikenali sebagai AJ,”

Menurut Bambang, semua syabu tersebut dibungkus dengan logo teh cina dan dimasukkan dalam sebuah beg berwarna hitam serta diikat dengan pemberat besi 20 Kilogram dengan niat akan membuang ke laut sekiranya dikesan oleh pihak berkuasa.

“Suspek kini ditahan dan didakwa di bawah undang-undang Pasal 114 Ayat 2 Subsider Pasal 112 Ayat 2 UU RI Nomor 35 Tahun 2009 dengan “Pelaku disangkakan Pasal 114 Ayat 2 Subsider Pasal 112 Ayat 2 UU RI Nomor 35 Tahun 2009 yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 6 tahun dan tidak lebih 20 tahun,” katanya.- Sumber Radar Tarakan

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|