Tragedi mandi manda, remaja ditemukan mati lemas

Tragedi mandi manda, remaja ditemukan mati lemas

SANDAKAN: Aktiviti mandi manda sekumpulan pelajar berakhir tragedi selepas seorang remaja ditemukan mati lemas dalam kejadian di perairan belakang Kilang Sinora Batu Sapi, Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu dan mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Pada 29 Disember, lebih kurang jam 5.38 petang, pihak Polis IPD Sandakan menerima panggilan dari orang awam menyatakan bahawa ada seorang remaja lelaki berumur 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya yang lain di perairan belakang Kilang Sinora Batu Sapi Sandakan.

“Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian, pada jam 4.30 petang mangsa bersama tiga orang rakannya mandi di lokasi kejadian dengan terjun dari jeti SESB di belakang Kilang Sinora.

“Walaubagaimanapun, ketika berenang mangsa telah menjerit meminta tolong dan rakannya yang lain cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya.

“Untuk makluman mangs telah ditemui pada jam 8 pagi tadi dan mayat mangsa telah di hantar ke Forensik HDOK,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|