Warga emas hilang di kebun, ditemui selamat

Kota Marudu: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya di Kampung Mangkaluah, di sini, semalam, ditemui selamat.

Mangsa yang dikenali sebagai Tungang Ingong, 80, ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan kira-kira jam 12 tengah hari.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui oleh penduduk di Kampung Bambangan, di sini.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga sebelum diberikan pemeriksaan kesihatan bagi memastikannya berada dalam keadaan selamat.

“Setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam laporan semalam, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarga dan penduduk kampung sejak 4.30 petang kelmarin.

Pasukan bomba yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi dan melancarkan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Operasi pencarian giat dilaksanakan di kawasan kebun berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|