UPKO Sepanggar hantar pasukan sukarelawan bantu mangsa kebakaran

UPKO Sepanggar hantar pasukan sukarelawan bantu mangsa kebakaran

Kota Kinabalu: UPKO Sepanggar menghantar pasukan misi sukarelawan untuk turun padang bagi membantu dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tatahan 2, Inanam, di sini, hari ini.

Pasukan prihatin yang diketuai Ketua Bahagian Datuk Wong Thien Fook itu turut mengambil pendekatan membersihkan sebuah bilik di Balai Raya Kampung Bambangan, di sini.

Wong Thien Fook mendengar permasalahan yang dihadapi mangsa kebakaran, Kuilan Gamin.

Difahamkan, bilik berkenaan dijadikan sebagai rumah penempatan sementara bagi salah sebuah keluarga malang berkenaan.

Selain bahan makanan, kedua-dua mangsa turut disumbangkan keperluan asas seperti tilam dan bantal serta bantuan jentera untuk membersihkan rumah yang musnah terbakar.

Sementara itu, Thien Fook berkata, pihaknya prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit beban mangsa terlibat.

Katanya, walaupun sumbangan tidak besar namun ia diharap dapat membantu mangsa terutamanya daripada segi penyediaan barang keperluan asas keluarga mereka.

“Kami difahamkan, salah sebuah keluarga langsung tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk membersihkan sebuah bilik di balai raya berhampiran bagi dijadikan rumah sementara untuk mereka.

“Lokasi ini dipilih mengambil kira kepada kemudahan mangsa dan dua anaknya yang bekerja dan bersekolah di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Thien Fook berkata, beliau berharap semua mangsa terlibat tabah menghadapi dugaan dan terus positif dalam menjalani kehidupan baharu yang serba kekurangan.

-Deasoka

Share

Written by:

1,751 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!