Satu maut, tiga cedera dalam nahas dua kenderaan

Satu maut, tiga cedera dalam nahas dua kenderaan

Papar: Seorang maut manakala tiga cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Kinabalu – Papar, dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Gana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, penumpang Perodua Aruz Mohd Noh Hassan, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penumpang Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu Perodua Aruz, iaitu lelaki berusia 42 tahun parah manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 31 tahun cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan dua kenderaan itu pada jam 3.38 petang.

Keadaan kereta Perodua Aruz yang terbabit kemalangan.

Menurutnya, seramai 10 anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan EMRS dari BBP Papar dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan berkenaan.

“Terdapat tiga mangsa terbabit iaitu seorang dari tiga mangsa dalam Perodua Aruz disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala dua cedera termasuk seorang parah.

Pasukan penyelamat memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah dalam kemalangan dua kenderaan di Papar.

“Pemandu Proton Satria lelaki berusia 24 tahun cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Selepas membuat pemeriksaan di lokasi kejadian dan tiada kesan yang membahayakan kenderaan lain, operasi ditamatkan jam 4.58 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|