Unit Dron bantu pencarian adik Jayden

Kota Kinabalu: Terbangkan dron sambil memainkan lagu ‘Baby Shark’ dan rakaman suara ibu bagi menarik perhatian.

Itu antara inisiatif diambil Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah dalam membantu usaha pencarian kanak-kanak autisme, Jayden Gabriel Peter, 5, yang dilaporkan hilang di Kampung Kodingan Malawa, di sini.

Ibu Jayden, Lisna Majikon, 29.

Penggunaan kaedah itu bagi menarik perhatian kanak-kanak terbabit yang dikatakan amat meminati lagu berkenaan.

Operasi pencarian Jayden yang hilang sejak petang semalam dimulakan pada jam 8.50 pagi tadi menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dron dari Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah digunakan untuk mengesan kanak-kanak autisme, Jayden Gabriel Peter, 5, yang dilaporkan hilang di Kampung Kodingan Malawa, Sepanggar.

Namun, sehingga jam 1 tengah hari tadi, tiada sebarang petunjuk yang dapat dikesan oleh mana-mana pasukan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit.

Tinjauan Deasoka.com di lokasi kejadian mendapati, operasi pencarian turut dibantu pelbagai pihak termasuk penduduk kampung dan orang perseorangan termasuk peminat aktiviti ‘hiking’.

Anggota JBPM memulakan pencarian kanak-kanak autisme, Jayden Gabriel Peter, 5, yang dilaporkan hilang di Kampung Kodingan Malawa, Sepanggar.

Operasi pencarian kanak-kanak terbabit amat mencabar berikutan keadaan kawasan hutan berbukit dan dipenuhi semak samun tebal.

Selain itu, kawasan perkampungan seluas 6.475 hektar berkenaan turut mempunyai beberapa cabang anak sungai selain cerun yang tinggi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|