Covid-19 Sabah: Kes harian kembali dua angka

Kota Kinabalu: Sabah kembali mencatat jangkitan baharu di bawah 100 kes dengan hanya 63 kes baharu, hari ini, turun 38 kes berbanding 101 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covif-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata berdasarkan situasi semasa jangkitan di semua daerah di Sabah, keadaan secara keseluruhannya adalah stabil dan terkawal.

“Hari ini 12 daerah mencatat penurunan kes jangkitan baharu, sembilan daerah mencatat peningkatan kes dan enam daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kota Kinabalu adalah satu-satunya daerah di Sabah yang mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 12 kes tetapi turun 21 kes berbanding jumlah semalam,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, sebanyak 14 daerah mencatat kes satu angka dengan 11 daripadanya mencatat jangkitan baharu antara satu hingga lima kes sahaja.

Katanya, tiada kes jangkitan baharu di 12 daerah lain iaitu Tambunan, Beluran, Telupid, Ranau, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Sipitang, Pitas, Tenom, Tongod dan Kalabakan.

“Seramai 57 orang daripada 63 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua orang dalam Kategori 4 dan empat orang dalam Kategori 5, manakala tiada pesakit direkodkan dalam Kategori 3,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 16 April 2022

Sabah 63 ( 101 )

Kota Kinabalu 12 (33)
Penampang 7 (14)
Putatan 7 (5)
Sandakan 6 (10)
Papar 5 (3)
Tuaran 5 (4)
Keningau 4 (2)
Tawau 4 (2)
Semporna 2 (1)
Kuala Penyu 2 (3)
Lahad Datu 2 (2)
Beaufort 2 (7)
Kudat 2 (0)
Kota Belud 2 (1)
Kota Marudu 1 (1)
Tambunan 0 (2)
Beluran 0 (1)
Telupid 0 (1)
Ranau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (1)
Nabawan 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Pitas 0 (0)
Tenom 0 (4)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 15 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|