Tujuh penagih dan pengedar ditahan

Tujuh penagih dan pengedar ditahan

Sandakan: Empat penagih dan tiga pengedar dadah berjaya ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sentosa, Batu 10, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 5.30 petang itu, operasi dijalankan tujuh lelaki ditahan adalah warga tempatan berusia 20 hingga 55 tahun.

Wang tunai bersama 48 paket plastik berisi ketulan hablur disyaki syabu yang dirampas. Pix Ihsan PGA Sabah

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, operasi dijalankan sepasukan task force dan Tiger Platoon Batalion 15 PGA Sandakan.

Katanya, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi berjaya menahan tiga lelaki bersama 48 paket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Semua dadah seberat 8.44 gram itu dirampas bersama wang tunai sebanyak RM415 dipercayai hasil pengedaran dadah.

“Turut ditahan empat lelaki yang disyaki penagih dadah dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM1,329,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata, semua tangkapam dan rampasan kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39A(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|