Terima kasih semua, bapa Jayden terharu bantuan pelbagai pihak

Kota Kinabalu: “Terima kasih kepada semua yang membantu mencari anak kami. Semoga tuhan membalas jasa baik anda semua.”

Demikian kata Jaremayer, bapa kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang sejak malam tadi di Kampung Kodingan Malawa, di sini, yang berjaya ditemui selama, hari ini.

Jaremayer berkata, mereka sekeluarga amat terharu dengan bantuan yang diberikan pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, begitu juga dengan bantuan orang perseorangan, penduduk kampung dan mereka yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan Jayden.

“Kami sekeluarga bersyukur, Jayden dapat ditemui selamat,” katanya ketika ditemui, semasa diberikan rawatan oleh van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS), JBPM, hari ini.

Jayden ditemui pada jam 1.10 petang, tadi, oleh sekumpulan orang awam yang turut hadir membantu mencari kanak-kanak terbabit.

Berita baik penemuan Jaydem turut mendapat perhatian ramai bukan saja di kawasan kampung berkenaan tetapi juga di media sosial.

Ramai yang menyatakan rasa syukur selain mendoakan agar Jayden terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|