Takut punya pasal, serah sendiri dadah kepada polis

Takut punya pasal, serah sendiri dadah kepada polis

Beaufort: Tingkah laku mencurigakan seorang lelaki yang berada di dalam keretannya di tepi jalan Kampung Selagon, di sini, terjawab selepas menemui sejumlah dadah hasil pemeriksaan yang dilakukan, pagi tadi.

Pemeriksaan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, jam 11.45 pagi itu menemui dadah seberat 6.27 gram bernilai RM600.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran, sepasukan polis menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva di tepi jalan di kawasan berkenaan.

“Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan bertanya kepada lelaki itu sekirannya ada memiliki apa-apa barang salah, lelaki itu menjawab ada sebelum menyerahkan dua peket plastik lutsinar disyaki dadah syabu yang disimpan dipoket bajunya.

“Susulan itu, lelaki terbabit ditahan bersama dadah seterusnya dibawa balik ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, hasil saringan air kencing, suspek berusia 55 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil soal siasat suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah syabu untuk diedar daripada seorang individu di tepi jalan Bongawan, Papar.

“Suspek turut mengaku terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah syabu sejak awal bulan Disember lalu,” katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|