Seekor buaya ditembak mati di perairan Lahad Datu

Seekor buaya ditembak mati di perairan Lahad Datu

Lahad Datu: Seekor buaya ditembak mati dalam operasi mengesan reptilia ganas berkenaan di sekitar laut di daerah ini, semalam.

Operasi mengesan buaya itu dijalankan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu yang diketuai Zul Azhan Awam.

Pasukan PPM bersama JHL Lahad Datu menjalankan operasi mengesan buaya di sekitar laut di Lahad Datu. Pix Ihsan PPM

Operasi itu turut dibantu empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Lahad Datu dan tiga anggota daripada Balai Polis Lahad Datu.

Operasi mengesan buaya yang bermula jam 4.10 petang semalam mengesan dan menembak mati seekor buaya di sekitar laut MO PPM Lahad Datu.

Komisioner PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan.

Operas ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa memandangkan isu berkenaan menarik perhatian semua pihak.

Pada 1 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hilang dipercayai dibaham buaya manakala ayahnya parah akibat digigit reptilia itu ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian berhampiran pangkalan Jati PPM Lahad Datu.

Kejadian serangan buaya itu turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pihak berkuasa menangani isu buaya di daerah berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|